Events

Acara Yang Dianjurkan Oleh Yayasan Mu'min Malaysia

Bantuan Pembayaran Pinjaman B3PS Events

2019/11/01
2020/12/31
Ongoing Event

Program Bantuan Pembayaran Pinjaman & Pembangunan Siswazah (B3PS) Ini Adalah Salah Sebuah Program Kebajikan Di Bawah Yayasan Mu’min Malaysia (YaMUMIN). YaMUMIN Hanya Bertindak Sebagai Sebuah Badan Kebajikan Yang Memberi Bantuan Sumbangan Dan Menguruskan Program Ini Untuk Mereka Yang Memerlukan.

PEMOHON WAJIB MENGHADIRI KURSUS PEMBANGUNAN YANG DIANJURKAN OLEH YaMUMIN (MENGIKUT NEGERI DAN DAERAH MASING MASING). DI DALAM KURSUS TERSEBUT, PEMOHON AKAN DI BERI PENERANGAN BAGAIMANA B3PS INI BEROPERASI DAN PELUANG PEMBANGUNAN SISWAZAH DALAM BENTUK KERJAYA DAN JUGA BIDANG PERNIAGAAN.

YaMUMIN Membantu Pemohon Membayar Hutang Pendidikan Mereka Melalui Program Sumbangan Tunai Yang Diterima. Untuk Menjayakan B3PS Ini, Pemohon Juga Perlu Memainkan Peranan Membantu YaMUMIN Menjemput Graduan & Bakal Graduan Yang Menghadapi Masalah Membayar Semula Pinjaman Pendidikan.

Siapa Yang Layak Memohon ?

B3PS Ini Terbuka Kepada GRADUAN & BAKAL GRADUAN. B3PS Juga Ditawarkan Kepada Sesiapa Yang Ada Hubung Kait Dengan Pinjaman Pendidikan. YaMUMIN Tidak Meletakkan Had Umur Memohon Dan Bagi Mereka Yang Telah Disenarai Hitam Atau Telah Berstatus Bankrap Digalakkan Memohon.

Matlamat B3PS ?

Membantu Menyelesaikan Hutang Pendidikan. Mendidik Remaja Agar Patuh Kepada Hukum Berhutang. MENDISIPLINKAN REMAJA AGAR TAKUT PADA HUTANG. Menggalakkan Rakyat Malaysia Supaya Menabung Untuk Pendidikan Bermula Di Usia Remaja. Memastikan Setiap Siswazah Mempunyai Pekerjaan & Perniagaan. Mengurangkan Masalah Pengangguran Sekaligus Membantu Negara Meningkatkan Pendapatan Rakyat Demi Menuju Ke Arah Status Negara Maju.

 

 

Bagaimana Memohon?

  • Mengisi Borang Permohonan.
  • 2 Keping Gambar.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Penyata Pinjaman Dari Institusi Berkenaan.
  • Borang Yang Telah Disahkan.

Deklarasi YaMUMIN

  • B3PS Adalah Inisiatif Pemegang Amanah Di YaMUMIN Untuk Membantu Mereka Yang Memerlukan.
  • YaMUMIN Hanya Menjadi Platfom Bagi Pemohon.
  • YaMUMIN Membantu Pemohon Melalui Sumbangan Yang Diterima.
  • Pemohon Perlu Memberi Komitmen Dengan Menghadiri Kursus Pembangunan Yang Dianjurkan.
  • Pemohon Juga Perlu Membantu Graduan & Bakal Graduan Yang Mempunyai Masalah Yang Sama.