Events

Acara Yang Dianjurkan Oleh Yayasan Mu'min Malaysia

Program Belia Wawasan (PBW) Events

2019/11/01
2020/12/31
Ongoing Event

PBW Ini Adalah Salah Sebuah Program Kebajikan Di Bawah Yayasan Mu’min Malaysia (YaMUMIN). YaMUMIN Hanya Bertindak Sebagai Sebuah Badan Kebajikan Yang Memberi Bantuan Sumbangan 30% Dari Kos Sebenar Dan Menguruskan Program Ini Untuk Mereka Yang Memenuhi Syarat Kelayakkan.

PROGRAM BELIA WAWASAN (PBW) JOM BELAJAR MEMANDU, KINI LEBIH MUDAH DENGAN SUMBANGAN DARI YAYASAN MU’MIN MALAYSIA

Dapatkan Sumbangan 30% Dari Kos Sebenar. Sebuah Program Penjimatan, Mudah Urus & Perancangan Awal.

Contoh Pengiraan Kos :-

i) Jumlah Sumbangan YaMUMIN 30% :-

   Harga Semasa : RM800-00 X 30% = RM240-00

ii) Kos Yang Ditanggung Oleh Pemohon :-

    RM800-00 – RM240-00 = RM560-00

iii) Pemohon Boleh Membuat Ansuran Dalam Tempoh 6 Bulan Ke 12 Bulan Untuk Baki Kos Sebenar.

Nota : Kos Pengiraan Di Atas Adalah Untuk Illustrasi Sahaja. Kos Ujian Memandu Adalah Tertakluk Kepada Perubahan Dari Semasa Ke Semasa.

Siapa Yang Layak Memohon?

Belia Atau Pelajar Yang Masih Menuntut Di Sekolah, Kolej Atau Universiti. Berumur 15 tahun Ke Atas. Pendaftaran Bermula Seawal Umur 15 Tahun Tetapi Had Umur Ujian Memandu Tertakluk Kepada Terma & Syarat Badan Berwajib. Hanya Belia Yang Berpendapatan RM1,200-00 Ke Bawah Layak Untuk Menyertai PBW. Manakala, Pendapatan Isi Rumah Untuk Seorang Pelajar Ialah RM2,500-00 Ke Bawah.

Matlamat :-

Membantu Meringankan 30% Kos Untuk Mengambil Lesen Memandu. MENDISIPLINKAN REMAJA KETIKA BERADA DI JALANRAYA Menggalakkan Rakyat Malaysia Mempunyai Lesen Memandu Di Usia Remaja. Mendidik Remaja Menabung Dan Membuat Persiapan Awal Supaya Setiap Remaja Mempunyai Lesen Memandu Yang Sah. Mengurangkan Masalah 'Mat Rempit' Atau Samseng Jalanraya. Menjimatkan Harta Negara Apabila Kadar Kemalangan Dikurangkan.

 


Kelayakkan

  • Berumur 15tahun Ke Atas;
  • Belia Atau Pelajar;
  • Belia Yang Berpendapatan RM1,200 Ke Bawah;
  • Pendapatan Isi Rumah Pelajar RM2,500 Ke Bawah;
  • Terbuka Kepada Orang Islam Sahaja;

Deklarasi YaMUMIN

  • Program PBW Adalah Inisiatif Pemegang Amanah YaMUMIN;
  • YaMUMIN HANYA Menjadi Platfom Kepada Pemohon Sumbangan;
  • YaMUMIN Membantu Pemohon Dari Program Sumbangan Tunai Yang Diterima;
  • Pemohon Perlu Membayar Baki Sebelum Ujian Dijalankan;
  • YaMUMIN TIDAK Menjalankan Sebarang SKIM CEPAT KAYA ATAU MLM Di Dalam PBW Ini;