Events

Acara Yang Dianjurkan Oleh Yayasan Mu'min Malaysia

Pusat Pengumpulan Barangan Terpakai Events

2019/11/01
2020/12/31
Ongoing Event

Pusat Pengumpulan Barangan Terpakai Ialah Sebuah Program Di Bawah Yayasan Mu’min Malaysia (YaMUMIN). YaMUMIN Bertindak Sebagai Sebuah Badan Kebajikan Yang Menyediakan Platfom Mengumpul Barangan Terpakai Untuk Diagih Semula Kepada Kumpulan Sasar Yang Memerlukan.

“SEDIKIT DARI ANDA…TETAPI…SANGAT BERMAKNA UNTUK KAMI” HULURKAN SUMBANGAN ANDA HARI INI!!!

Pihak YaMUMIN Menerima Apa Sahaja Barangan Yang Hendak Didermakan Selagi Barangan Tersebut Tidak Menyalahi Undang Undang Negara Atau Hukum Syarak.

MATLAMAT:-

Mengumpul Barangan Terpakai Untuk Tujuan Kitar Semula. Semua Bahan Kitar Semula Ini Akan Dibersihkan Dan Diperbaiki. Selepas Itu Barangan Ini Akan Didermakan Kepada Sesiapa Yang Memerlukan Seperti Mangsa Kebakaran Atau Bencana Alam. Barangan Ini Juga Akan Dijual Di Kedai Kedai ‘Bundle’ Dan Hasil Jualan Ini Akan Dimasukkan Ke Akaun Dana Sumbangan Tunai Dan Akan Disalurkan Semula Kepada Kumpulan Sasar Yang Memerlukan.

CARA MENYUMBANG :-

Penyumbang Boleh Menghantar Sendiri Ke Pusat Pengumpulan, Pusat Pameran Dan Jualan YaMUMIN. Pihak YaMUMIN Juga Akan Membuat Kutipan Dari Rumah Atau Pejabat. Pihak YaMUMIN Akan Menyediakan Tong Kitar Semula Di Tempat-tempat Terpilih, Pejabat Kerajaan Dan Masjid.