Events

Acara Yang Dianjurkan Oleh Yayasan Mu'min Malaysia

Program Korban dan Aqiqah YaMUMIN Events

2019/11/01
2020/12/31
Ongoing Event

Program Korban & Aqiqah Ialah Sebuah Program Kemasyarakatan Di Bawah Yayasan Mu’min Malaysia (YaMUMIN). YaMUMIN Bertindak Sebagai Sebuah Badan Kebajikan Yang Menyediakan Platfom Mengumpul Sumber Kewangan Untuk Membiayai Pembelian Lembu Atau Kambing Korban.

“SEDIKIT DARI ANDA…TETAPI SANGAT BERMAKNA UNTUK KAMI” HULURKAN SUMBANGAN ANDA HARI INI!!!

Walaupun Ibadah Korban Dan Aqiqah Ini Adalah Sunat Namun Amat Dituntut Bagi Umat Islam Melakukannya. Kekangan Kewangan Kadangkala Menjadi Halangan Kepada Ibadah Korban Dan Aqiqah Ini. Apatah Lagi Bagi Kumpulan Sasar Seperti Anak Yatim Piatu, Ibu Tunggal, Fakir Miskin Dan Sebagainya.

MATLAMAT :-

Matlamat Program Ini Ialah Untuk Mengumpul Dana Bagi Membiayai Pembelian Lembu Dan Kambing Untuk Ibadah Korban Atau Aqiqah. Bahagian-bahagian Lembu Dan Kambing Ini Diberi Kepada Kumpulan Sasar Yang Telah Dipilih Mengikut Kelayakkan.Walaupun Kumpulan Sasar Ini Tidak Dituntut Untuk Melakukannya, Tetapi YaMUMIN Ingin Memberi Peluang Kepada Mereka Merasai Kenikmatan Ibadah Ini.

KAEDAH :-

YaMUMIN Menggalakkan Orang Ramai Membuat Sumbangan Ke Program Ini. Sumbangan Serendah RM10-00 Dan Tidak Ada Had Maksima Untuk Menyumbang. Semua Sumbangan Ini Akan Digunakan Untuk Membiayai Pembelian Lembu Dan Kambing Untuk Ibadah Korban Dan Aqiqah. Penerima Bahagian Korban Dan Aqiqah Ini Akan Dipilih Dari Kalangan Kumpulan Sasar Mengikut Keperluan Dan Kelayakkan Mereka. Majlis Ini Akan Dijalankan Di Masjid Atau Surau Yang Memerlukan Sumbangan Lembu Atau Kambing Korban Dan Aqiqah Ini.