Donation

Wakaf & Infaq

SUMBANGAN TUNAI

Projek Kebajikan YMM Melalui Sumbangan Tunai Adalah Untuk Kegunaan Umum (Bukan Kebendaan) Seperti. Membantu Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Bantuan Seperti Anak Yatim, Pelajar Miskin, Ibu Tunggal, Warga Emas, Pesakit Kronik, Orang Gelandangan, Mangsa Kemalangan Dan Bencana Alam. Bantuan Adalah Terdiri Dari Keperluan Asas Seperti Makanan, Minuman, Pakaian, Basikal, Kerusi Roda, Katil, Kelengkapan Persekolahan, Selimut & Alas Tempat Tidor (Bedding). Semua Bantuan Akan Disampaikan Samada Melalui Permohonan Dari Orang Perseorangan, Sesebuah Badan Kebajikan Atau Syarikat Atau Projek Kebajikan Yayasan Itu Sendiri. YMM Membuka Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Sama Sama Membuat Kebajikan Dengan Membuat Sumbangan Ke Program Kebajikan Ini. 


SUMBANGAN KHUSUS :-

PEMBANGUNAN PUSAT DIALISIS

Projek Pembangunan Pusat Dialisis Ini Bertujuan Untuk Menyediakan Sebuah Pusat Dialisis Untuk Kumpulan Sasar Yang Kurang Kemampuan Untuk Membiayai Kos Rawatan Dialisis. Kos Rawatan Dialisis Sangat Mahal Dan Terpaksa Ditanggung Sehingga Ke Akhir Hayat. Oleh Itu, YMM Ingin Mengajak Orang Ramai Untuk Bersama Sama Membantu Mengumpul Dana Bagi Membangunkan Pusat Dialisis Ini.

YMM Membuka Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Sama Sama Membuat Kebajikan Dengan Membuat Sumbangan Ke Program Kebajikan Ini.


SUMBANGAN KHUSUS :-

PERKHIDMATAN AMBULANS & VAN JENAZAH

Projek Perkhidmatan Ambulans & Van Jenazah Ini Bertujuan Untuk Menyediakan Perkhidmatan Ambulans & Van Jenazah Kepada Umat Muslim Pada Harga Rendah. Perkhidmatan Ambulans & Van Jenazah Sangat Diperlukan Tetapi Harga Perkhidmatan Sedia Ada Amat Tinggi. Demi Membantu Umat Muslim Di Malaysia, YMM Ingin Mengajak Orang Ramai Untuk Bersama Sama Membantu Mengumpul Dana Bagi Menyediakan Perkhidmatan Ambulans & Van Jenazah Ini.

YMM Membuka Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Sama Sama Membuat Kebajikan Dengan Membuat Sumbangan Ke Program Kebajikan Ini. 


SUMBANGAN KHUSUS :-

PONDOK NGAJI

Program Pondok Ngaji Ini Bertujuan Untuk Menyediakan Kemudahan Orang Ramai Tanpa Mengira Umur Untuk Belajar Membaca & Memahami Al Quran & Untuk Belajar & Mengulangkaji Perkara Asas Di Dalam Ilmu Fardhu Ain. Pondok Ngaji Ini Disifatkan Sebagai ‘One Stop Center’ Untuk Orang Ramai Menimba Ilmu. Dalam Kesibukkan Orang Ramai Mencari Rezeki, Pondok Ngaji Ini Mampu Menyediakan Perkhidmatan Untuk Anak Anak Mereka Mengaji Dan Belajar Ilmu. Lokasi Pondok Ngaji Ini Akan Dibuka Di Kawasan Yang Padat Penduduk & Terutamanya Di Kawasan Penduduk Yang Berugama Islam.

YMM Membuka Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Sama Sama Membuat Kebajikan Dengan Membuat Sumbangan Ke Program Kebajikan Ini.  


SUMBANGAN KHUSUS :-

KELENGKAPAN IBADAH

Program Sumbangan Kelengkapan Ibadah Ini Dibangunkan Bertujuan Untuk Membantu Menyempurnakan Kelengkapan Ibadah Umat Mulslim Supaya Mereka Boleh Beribadat Dengan Selesa. Program Ini Juga Memberi Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Membuat Sedekah Jariah. YMM Akan Mewakafkan Kelengkapan Ibadah Ini Di Tempat Persinggahan Musafir, Orang Gelandangan, Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Masjid & Surau. Semoga Dengan Sumbangan Ini Penyumbang Akan Mendapat Pahala Berpanjangan.

YMM Membuka Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Sama Sama Membuat Kebajikan Dengan Membuat Sumbangan Ke Program Kebajikan Ini.  


SUMBANGAN KHUSUS :-

KOTAK MAKANAN

Program Sumbangan Kotak Makanan Ya’Mumin Ini Bertujuan Membantu Kumpulan Sasar Yang Memerlukan Seperti Anak Yatim, Ibu Tunggal, Warga Emas, Orang Gelandangan, Musafir, Mangsa Kemalangan Atau Bencana Alam. Sumbangan Makanan Yang Terdiri Dari Makanan Asas Seperti Beras, Tepong, Gula, Kopi, Teh, Sardin Ini Diharap Dapat Menampung Keperluan Mereka. Sumbangan Akan Disampaikan Mengikut Lokasi Dan Keperluan. Semoga Dengan Sumbangan Yang Diterima, Pihak YMM Dapat Menyediakan Kotak Makanan Ini Berterusan.

YMM Membuka Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Sama Sama Membuat Kebajikan Dengan Membuat Sumbangan Ke Program Kebajikan Ini.